Monday, November 25, 2013

Kaulah untukku. Selamanya. Maafkan. (KSM)


'Assalamualaikum! Hoi kau sihat ka?' Muncul satu 'chatbox'
"Eh apalah mamat ni hantar chat kat aku. Buang tabiat ka budak ni haish" rungut Faqihah. Sengaja bibirnya dijuih ke hadapan.
'Waalaikumussalam! Sihat walafiat! Awat?' Laju tangan nya menaip sesuatu di papan kekunci itu.
'Aku sedih pujuklah aku! :'( '
'Lol ada kaitan dengan aku ka? Kau ni apahal sebenarnya fight dengan awek lagi ka? Apa pasal ngadu kat aku pulak? Baguslah susah baru ingat kawan kan..' Bertubi-tubi soalan aku tujukan untuk dia. Biar sedar diri sikit! Omel faqihah sendirian.
'Alaa kau ni .. Kata kita ni Buddy. Bak kata Bro Digi engkau "Kami Buddyz takkan terpisah" :p  ' chat di hantar kepada Faqihah. Uqaish tersenyum sendirian memikirkan sahabatnya Faqihah yang selalu sudi mendengar setiap masalah yang dia hadapi. Sungguh Uqaish menyayangi buah hatinya Yusayra Nabilah tapi kadang kala dia merasakan Yusayra sengaja menjauhkan diri darinya. Yusayra selalu membangkitkan nama Faqihah setiap kali mereka bertemu seolah-olah Faqihah penghalang terhadap hubungan tak halal meraka itu. Bukannya Yusayra tidak tahu dia mengenali Faqihah sejak mereka di bangku sekolah lagi. Semua tentang Faqihah sudah habis dia ceritakan kepada Yusayra. Apa lagi yang kurang?
Uqaish hanya mampu berharap agar Yusayra tidak memintanya menjauhi Faqihah. Sungguh dia tidak sanggup melakukan itu hal itu tidak pernah bermain di hati mahupun fikirannya. Faqihah sahabatnya malah mama nya sendiri sudah menganggap faqihah sebagai anaknya sendiri Mana mungkin dia menjauhi seorang kawan untuk seorang Kekasih. Never!
"Buddy tak buddy kisah pulak aku. Kau betul2 sayangkan girl tu ka?"

"Why not? She's gorgeous k. I love her too much"

Lama Uqaish menunggu Faqihah membalas 'chat' nya tetapi yang dia dapat hanyalah hampa semata-mata. Akhirnya Uqaish hanya mampu memandang siling  dalam kehampaan.
Dari pihak Faqihah pulak, bukan niat faqihah untuk tidak membalas chat Uqaish tetapi Faqihah gusar apabila mengenangkan peristiwa semalam. Yusayra mahu bersua muka dengannya. Yusayra meminta dia menjauhi Uqaish dan merahsiakan pertemuaan itu dari pengetahuan Uqaish. Faqihah segera baring di tempat tidurnya dan memikirkan permintaan Yusayra.
Sebenarnya bukan Faqihah tidak tahu Yusayra bermain mata dengan seorang senior mereka yang begitu popular di kampus Tunku ... Kalau dia tidak silap seniornya itu memang mata keranjang senang cakap Playboy lah.
Namanya Farhan Adam bin Adlan. Abang Farhan sebenarnya ialah abang sepupunya tapi sengaja dia malas nak heboh. Malah Uqaish sendiri tidak tahu tentang itu. Perkara tidak penting tidak perlu dihebohkan mungkin. Meskipun Majalah At-Taqwa diselak sehelai demi sehelai namun satu patah perkataan pun tidak melekat di minda. Hanya gambar berwarna itu menjadi santapan matanya. Telefon bimbitnya diletakkan jauh dari meja tidurnya.
"Esok esok jalah aku dengar Uqaish punya leteran. Kalah mummy aku oii" bebel Faqihah sendiri. Lalu Faqihah turun dari kamar tidurnya dan melangkah laju ke bilik mandi nya. Untuk ambil wudu' kemudian dia berbaring di kamar bujang nya itu.
Lama Faqihah termenung sambil baring di katilnya. Dia memikirkan sejauh mana mungkin persahabatannya dengan Uqaish mampu bertahan. Sudah hampir lima tahun dia memendam rasa terhadap Uqaish barangkali Uqaish yang tidak menyedarinya. Dia sayangkan Uqaish lebih dari sahabat lebih dari 'buddy'. Hancur luluh hatinya saat mengetahui percintaan Yusayra dan Uqaish. Memang tidak dinafikan Yusayra dikurniakan wajah ala-ala arab dengan sepasang mata yang mengoda namun apa kurang nya dia. Faqihah diberikan wajah ala-ala pan asia yang begitu menawan. Dia menyelak sehelai demi sehelai halaman album yang mengandungi gambar-gambar kenangan masa zaman persekolahan nya dengan uqaish. 3 tahun pertama pertemuan nya dengan Muhammad Uqaish Aisy bin Danial Hadi ketika masing-masing berusia 16 tahun mereka ditawarkan bersekolah di sekolah berasrama penuh. Seorang di Utara seorang lagi di selatan. Walau terpisah jauh namun mereka masih boleh berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Tidak semena-semena Telefon bimbit Faqihah berdering dengan lagu kegemaran nya 'Tears Drop In the Rain'. Lagu itu sengaja dikhaskan untuk Uqaish seorang pada pandangan nya lagu itu sesuai untuk mengambarkan perasaan nya terhadap sahabatnya itu.
'Hoi apahal kau call aku malam-malam cenggini? Nak good night wish ka hihihi' Faqihah bergurau dengan nya.
'Lah kau hidup lagi ker aku kira dah Innalilah dah ._. Apahal mood kau ni.. Sekejap macam singa tertelan anak sekejap baik jaa.. Ko sakit ek? Cer story kat aku..' Tersenyum lebar uqaish membalas.
'Suka hati aku lah.. Kau mana peduli sama aku sejak ada Yusayraa kau tuu.. Untung arr lupa kawan cenggi arr kau.weyh aku beri warning kat kau ni better kau hati-hati dengan dia. I hear something bad bout her' Faqihah berkata jujur.
'Weyh aku boleh except kau kata aku bla bla bla. Tapi tak perlu lah nak mention nama dia pulak problem kita bukan problem dia. Kau tahukan how much I really love her.' Di hujung talian Uqaish tersengih.
'Yerrr lahh its up to you sekurang nya aku dah ingatkan. Love lah sangat. Harom jaa tuu. Belum halal buat kau pun, bro. Dah arr aku ngantuk dah ni. Selamat Malam Uqaish Aisy' telefon segera dimatikan dan Faqihah terus tidur.
Uqaish tergamam. Dia tidak sangka Faqihah akan berkata sebegitu. Benar Yusayra bukan lagi halal buat dia. Dia memang berniat menjadikan Yusayra permaisuri hatinya tetapi keluarga nya selalu menghalang. Mereka lebih berkenankan Zarqa Faqihah binti Dr.Asyraf. Tak dinafikan Faqihah mempunyai banyak kelebihan berbanding Yusayra. Faqihah begitu kenal rapat dengan keluarga nya. Permata tunggal doktor Asyraf itu dikurniakan wajah yang sedap mata memandang malah mempunyai otak yang geliga.
Begitu tulus percakapan nya. Begitu manis senyum tawa nya. Tetapi hati Uqaish hanya tertarik kepada Yusayra. Dia sudah begitu lama memasang angan-angan untuk menjadikan Yusayra yg halal untuknya. Dia menghantar pesanan khidmat ringkas kepada Yusayra
"Saya tahu awak tak tidur lagi. Tidurlah awak. Good Night my dearest Queen. You'll be mine someday. Sweet dream my sweet."
Uqaish akhirnya tidur dengan tersenyum. 
....
'Kring..Kring..Kring!!!'
Jam loceng milik Uqaish segera di matikan. Segera dia mengatur langkah ke kamar mandi nya. Setelah habis membersihkan diri, dia mengenakan pakaian kasual sahaja berbaju 'T' lengan pendek dan seluar trek putih. Sedikit wangian disemburkan ke baju nya. Dia mencapai beberapa buah buku rujukannya  meja dan berjalan menuruni tangga rumah nya.
'Assalamualaikum Mama Mommy cute hehe kita breakfast apa ya masakan mama The Daebak lah' penuh ceria dia menutur percakapan untuk ibunya.
'Waalaikumussalam Budak besaq oii awat chek bangun lewat sangat ni dah solat subuh ka belum ni. Hang nak kena taboh ka dengan senduk ni.?! Haii budak ni hari ni mama masak kat hampa mee goreng' Manis muka Puan Fadilah.
Kerusi di meja makan di tarik dan perlahan-laham Uqaish duduk di situ lalu dia bersuara
'Mama chek dah solatlah tadi tertidur balik lepas solat tu yang lambat  '
'Yer lahh lain kali bangun lah awal. Rezeki lambat masuk tau'
Uqaish menyuakan pinggan kepada mama nya. Sambil tersengih dia berkata
'Orait Madam besor. Hehehe mama nak mee mama. The Yummy lah. Ma, papa dengan Adik-adik mana ma? Depa lagi lambat lah tuu. Hahaha Saya Juara.'
'Qaish toksah dok perasan lah. Papa ngan adik-adik hang pi keluaq joging. Bukan macam hang macam ulaq sawa lagi aih' loghat penang Mama nya memang sukar di ubah.
Uqaish tidak membalas sebaliknya dia terus menyuap mee goreng Mama nya itu. Setelah habis mengambil sarapan, dia menyalami Mama nya dan terus ke destinasi yang hendak di tuju. Walaupun hari ini tiada kelas di kolej namun dia mengambil inisiatif ke perpustakaan untuk menyiapkan tugasan nya. Lagipun 'due date' dah nak dekat.
Dia terus bergerak ke rak-rak buku di perpustakaan kolej nya itu dan mencaru buku yang penting. Semasa mencari buku-buku itu Uqaish terdengar suara orang bergelak ketawa. Suara yang tidak asing untuk nya. Suara Yusayra dan senior mereka Farhan. Aisha Yusayra Nabilah binti Mohd Fares. Sepotong nama yang indah sesuai dengan pemiliknya yang manis tapi sayang perangainya tidak seindah namanya. Bukan Uqaish tidak tahu gosip-gosip yang melanda diri Yusayra. Cuma setiap kali dia memohon penjelasan dia hanya hampa. Yusayra hanya mengatakan bahawa mereka hanyalah teman rapatnya. Dia malas memikirkan nya. Pernah juga dia berharap dapat putus hubungan dengan yusayra tapi akhirnya dia sendiri yang tewas. Cintanya terlalu besar buat yusayra. Dengan penuh kehampaan, dia berjalan ke meja. Di hempas buku-buku dalam pegangan nya.
....
Kepalanya diurut perlahan-lahan. Dengan pantas barang-barangnya disimpan dan dia bergegas keluar dari perpustakaan. Sakit Hati. Sengsara. Memang tak dapat dia gambarkan saat itu. Ingatan nya ketika pertemuan pertama dia dan Yusayra bermain semula dikotak ingatan.
Pagi itu suasana sungguh nyaman dengan alam semulajadi yang indah dan hidupan-hidupan yang berkicauan. Namun Uqaish sudah lambat! Dia berlari sepantas yg boleh sebelum terlanggar seorang gadis cantik abis berterabur barang dalam beg bimbit gadis itu. Uqaish segera mengutip dan memohon maaf. Dia segera meninggalkan tempat itu dan mengapai telefon bimbit yang salah. Dia tidak perasan kerana jenis ,bentuk dan warna telefon
....
Ayah.. Ayah.. Ayah.. Cantik tak E-Yan lukis ni.. Ayah.. Tengoklah" terkedek-kedek anak nya Izayan Farihah binti Muhammad Uqaish Aisy mendapatkan ayahnya.
Dari jauh Uqaish hanya mampu memandang ke arah anak nya. Air mata nya menitis demi titis mengenangkan anak nya yang membesar tanpa belaian seorang ibu. Faqihah pergi. Pergi untuk selamanya. Pergi meninggalkan dia.
'Aku bersalah Faqihah. Kenapa aku tak pernah nampak besarnya pengorbanan cinta kau untuk aku sayang. Aku sayang kau faqihah. Tapi aku dah terlambat. Aku terlambat. Maafkan aku Faqihah.' Uqaish memeluk erat anak nya bersama Faqihah.
'Ayah kenapa ni? Buruk ke lukisan E-yan. Okay okay jangan lah nangis. Nanti E-yan lukis lain ya.' Tersengih manja secomel Izayan. Sambil dia mencapai tisu dan mengelap air mata Uqaish.
'Izayan Uqaish masuk rumah sayang. Opah nak kasi something ni' Mama Uqaish melambai-lambai ke arah Izayan.
'Orite Opah. Ayah ayah e-yan masuk lam dulu ya. Babai. Muah' dicium lembut pipi ayahnya Uqaish.
Uqaish Melihat anak nya berlari-lari anak masuk ke dalam rumah..
Dia terus membaca diari coklat milik Zarqa Faqihah.
19th June 2009
Hujan lebat horray. Tak yah gi kolej. Olalalala. ^~^ Aku sebenarnya nangis lagi hari ni. Haih hati bersabar ja lah. Kau yang gatal sangat nak sayang kat mamat psiko tu kan --> Uqaish hahahahaks ;P Malam tadi Uqaish marah aku. Sebab perempuan Psiko tu jugak. Tak faham lah aku. Aku dah gitau Uqaish. Yusayra main mata dengan Abang Sepupu aku si Paan tu. Haish. Bukan aku tak kenal Abang Paan. Playboy kot. Hergh 

20th June 2009
Fadil Akhyar si mamat Handsome tuu woot woot. Main kan gitar dan nyanyikan sebuah lagu untuk aku. Hahaha sedap woi.  Haha aku nampak Uqaish jalan dengan Yusayra. Tegang nya muka uqaish. Alamak rasa bersalah lah pulak. Calm down Faqihah. You're right. Okay gua ngantok tatata

21ft June
Result exam hari tu keluar. Woo hoo Alhamdulilah. Aku dapat 3.8 kod. Tercatat dalam sejarah hidup seorang hamba Comel Zarqa Faqihah muahaha. :P alaaaaaa Uqaish jahat giloss. Apahal dia stay away dari aku ni? Pffft what's wrong dude? Kalau pasal malam tu aku mintak maaf uqaish. Aku nak kau bahagia walau bukan dengan aku tapi aku tak nak kau dengan dia. Dia bukan tak baik tapi dia bukan yang terbaik untuk kau Uqaish. Aku terlalu sayangkan kau. Mungkin kita akan jadi kawan ja sampai mati? Er? Entah lah who know's?

22 June
Gila hari ni memang gila! Yusayra tu jiwa sangat ka apa dah? Apahal minah psiko tu tuang air ke kepala aku. Er apahal aku tak tuang balik tah. Entah rasa tak dak kekuatan ja time tu. Tapi ada pulak kekuatan untuk lempang muka dia. Huhu tercipta satu lagi sejarah. Teruk kena maki dengan Uqaish. Dia back up Yusayra even dia nampak salah aweks dia tu. Suka hati kau lah suka hati kau.

Seketika Uqaish terleka dek kenangkan masa silam nya itu. Malam itu teruk dia memarahi Faqihah. Dia masih ingat perbualan mereka pada malam itu
Dia minta untuk bertemu Faqihah di Restoran berdekatan kawasan perumahan Faqihah diami.
10 minit dia hanya melihat Faqihah tunduk dan langsung tidak memandang ke arah mata nya. Manakala Uqaish pula memandang tajam ke arah Faqihah. Sebelum Uqaish bersuara ..
'Hoi kau kenapa lempang Yusayra ? Apa sangat salah dia kat kau? Kau ingat kau sapa nak lempang anak orang oi. Tahulah kau tu anak doktor tapi kau tetap tak dak hak nak lempang dia'
'Tapi weyh dia yang tuang air kat aku dulu. Aku pun tak tahu kenapa. Automatic ja tangan aku pi lempang dia. Biar jer lah dia rasa. Boleh blah lah dengan anak doktor kau ingat anak doktor semua perfect ka? Hello bro gua nak lu buka mata lu.' Segera Faqihah membidas soalan uqaish. Wajah nya terasa begitu bahang.
'Memang lah tak perfect tetambah kau ni uck! Aku tak faham lah dengan kau dulu bukan main kau sokong kitaorang punya relationship but now why you've changed?! What's wrong dude?' '
'I'm changed because of her. I know you know my reasons why. I don't like to mention bout it. I've no idea right now. I'm just wanna back home now. SYS assalamualaikum.' Bicara Faqihah semakin lembut dan pantas dia berlalu pergi.
Uqaish hanya mampu duduk disitu dan termenung sahaja.  Dia hanya mampu melihat langkah Faqihah yang semakin jauh. Dia tersedar semula. Dia kembali ke dunia reality. Dunia masa kini. Bukan lagi hidup di masa yang lalu. Dia rindu saat-saat manis bersama Faqihah. Jika bukan kerana darah mudanya dia tidak akan pernah mempersiakan kasih sayang isterinya itu. Kini faqihah telah pergi. Jauh dari dunia. Tapi sentiasa dekat di hatinya.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Uqaish dan Faqihah tidak bertegur sapa selama sebulan lamanya. Namun suatu insiden tidak diingini berlaku. Pada suatu petang berdekatan dengan Kafeteria Kolej mereka Faqihah terdengar perbualan Yusayra dengan kawan nya.
'Weyh tolong aku! Aku dalam masalah besar nie. Aaa Aku..' Yusayra tergagap-gagap untuk meluah isi hati nya itu.
'Kau aper? Cuba kau cakap. Mungkin boleh tolong' Kawan nya turut bersuara.
'Aku tgh pregnant sekarang. Aku nak gugur tapi aku takut. Apa aku nak buat sekarang? Tolong aku Leeya ' ada getar sendu dalam suara nya.
'Astagfirullahilazim Seraa kau ni biar betul. Kau tahu kan berdosa kau buat zina. Sekarang kau nak aku bantu apa? Aku tak nak bunuh baby tu. Dia tak berdosa.' Perlahan seraya Mira Aliya berkata.

'Sejak bila kau jadi baik pulak ni?'



*belum siap*

No comments:

Post a Comment