Jujur tipulah jika aku katakan aku tidak sedikit pun merasa takut dan gemuruh tetapi yang bisa disimpulkan di sini perasaan itu silih berganti. Dalam gemeruh ku, ada sedikit rasa keterujaan yang tak mampu aku tidakkan. Perjalanan itu tidak memakan banyak masa. Aku kira kerana punya mereka disisi buatkan masa bergerak begitu pantas.
Bermusafir di negeri orang pantai timur, ikan menjadi sajian utama, ayam hampir dilupakan. HAHA. Seusai sampai di sekolah menengah sains dungun, kami bergerak pulang ke penginapan singgahan kami bertempat di belakang sekolah tersebut. Yang lelaki nya tinggal di asrama maka hanya yang perempuan berehat di luar. Masa tak banyak dibazirkan kerana malam itu aktiviti pertama harus dimulakan. Berjubah hitam, bertudung ungu lah kami bergerak pergi semula ke sekolah.
Aku gemeruh bukan kerana takut untuk berhadapan dengan adik-adik dungun, namun kerana kekurangan ilmu didada buatkan aku malu untuk berkata. Aku takut memcuba dan tersalah langkah. Bagaimana andai kata mereka jua malu berkata. Aduh habislah aku. Telahan aku malah terpesong jauh, mereka turut tersenyum mesra menyambut kami. Aku tidak berapa mengenali brother Ashraf yang juga merupakan partner untuk group, namun aku bersyukur kerana banyak dapat dipelajari dari insan seumpama beliau. Nampak biasa, tetapi apabila berkata tampak hebat dan penuh ilmu didada.
![]() |
| Day one done!! :') |
Kerana kemesraan yang ditunjukkan nya, adik-adik kumpulan aku tak lokek berkongsi apa yang di soal. Mereka anak-anak yang cerdas dan pintar, kehadiran kami cumalah untuk menyuntik semangat mereka dalam meneruskan pembelajaran. hampir keseluruhan anak-anak yang menyertai program ini berasal dari negeri ini. tinggal pun persekitaran tempat tersebut. Dalam tak sedar, masa terus berlalu pergi meninggalkan kami. sekejap sahaja rasanya, menghabiskan masa dengan mereka pada malam yang penuh dingin itu.
Malam itu ramai telah rebah kepenatan setelah seharian masa dihabiskan di jalan, aku pula hanya mampu memandang syiling. Waktu terasa begitu lambat, lewat pagi baru aku mampu melelapkan mata. ah sudah, program seterusnya bermula seawal lapan pagi. berkejarlah kami mengejar waktu. Beg juga harus di pack segera kerana destinasi seterusnya adalah lebih mencabar dan mendebarkan. Masa seterusnya masih di habiskan bersama adik-adik dari dungun ini, ahli kumpulan aku yang asalnya empat berkurang seorang. tetapi berapa jenak kemudian bertambah pula lagi dua ahli :')
Aktiviti seterusnya ini melibatkan kerjaya. ada yang bercita-cita menjadi arkitek, jurutera, akauntan dan seumpama dengan nya. tak banyak dapat dikongsi bersama, namun aku berharap sedikit perkongsian dari kami dapat memberikan sedikit pendedahan awal kepada adik-adik ini. Kalau sebelumnya mereka hanya di dedahkan untuk belajar bersungguh-sungguh, mengumpul sebanyak mungkin capital letter pertama, untuk memudahkan urusan pembelajaran ke luar negera, sebolehnya kini mereka juga terdedah dengan keadaan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi di dalam negara tercinta.
Selesai sahaja program bersama mereka, di gesa nya kami ke padang sekolah untuk sesi bergambar. Bersyukur sebenarnya dapat mengenali senior-senior guide, tidak lokek berkongsi pengetahuan dan selalu sabar melayan kerenah kami dari tahun pertama ini :")
![]() |
| seusai program di sbp |
![]() |
| senior belako ni, lawa kemain lagi hehehe |
![]() |
| 1st year belako ni, comey kemain jiha dengan kinah ni |
![]() |
| Maaf lah gambar tak ready ni hehehehe |
![]() |
| Gabungan 1st year dan 2nd year :') tenkiu gais banyak tunjuk ajar |
![]() |
| Gambar ni sebenarnya ada kisah yang kelakor gila tapi takpolah kita simpan untuk kita-kita je hehe. 1st year guide |
kemudian hari yang dinantikan pun tiba, ayat cliche bukan main. tapi betul ni serius. berdebar pun ada, pertama kali kena buat pemeriksaan badan dulu. mana tahu ada bawak alat yang tidak sepatutnya. bukan semua boleh masuk ke SIM. Hanya nama yang telah dihantarkan sebelum ini saja. orang kata ini betul betul rezeki sebab sebelum ini tidak ada lagi yang boleh masuk. tuan polis dalam tempat itu pun berseloroh, katanya kami bertuah dapat masuk dan keluar dari SIM.
Akibat masalah teknikal, masa yang dijadualkan bermula pukul 9 terpaksa di mulakan sedikit lewat. Kami diberikan seribu satu alasan untuk menjaga keselamatan diri. Labuhkan tudung, pakai pakaian yang longgar. kerana semua pelajar yang terlibat adalah lelaki, maka keutamaan diperikan perhatian kepada sisters. Andai di tanya apa yang aku rasa, aku bukan lah takut dengan mereka kerana mereka juga manusia. justeru aku lebih takut andai kata, kata-kata yang keluar dari mulut kita melukan hati mereka. benar mereka pernah melakukan kesilapan, tetapi ini sebenarnya adalah peluang untuk mereka menebus semula kesilapan yang telah dilakukan.
seusai sahaja ucapan dari pihak atasan dan pensyarah UIAM kami mula di bahagikan ke setiap kumpulan. Aku yang pada mula nya bersama bro ashraf, dan kinah yang pada asal nya bersama bro hakim terpaksa bertukar tempat kerana mereka berdua perlu menguruskan kumpulan yang terlibat dengan seksyen 376. mengikut kata kak rini kebanyakkan yang terlibat dalam kes ini, adalah daripada kerelaan sendiri meskipun masing-masing masih di bawah umur. sekilas pandang mereka seperti kita. sebaya dengan kita. hanya kerana tersalah langkah mereka perlu di berikan perhatian yang lebih.
ahli kumpulan aku terdiri daripada empat orang. masing-masing terlibat dengan d. sebaya dengan aku semuanya. 1997. kekok sebenarnya untuk berkata-kata. aku hanya sesekali memandang bro haiqal. MashaaAllah hebat brother ni. nampak relaks je kemudian dalam dok berkata tu diselitkan juga sedikit kisah tauladan yang boleh dijadikan pendoman. meskipun ada yang kurang aku dengar suaranya. yang lain memainkan peranan sebaik mungkin. paling terharu bila mereka bilang mendokan kami semoga menjadi cikgu kelak inshaaAllah. Allahu terima kasih semoga Allah memberkati jalan kehidupan kalian juga inshaaAllah.
selama ni aku selalu juga dok merintih sorang-sorang rasa macam terbeban je. padahal ada lagi yang nasib mereka tak sebaik mana. dalam pada mereka bercerita tentang keluarga masing-masing, aku hampir tenggelam dalam khayalan sendiri (Jangan buat lagi, tak sepatutnya hehe). kerinduan pada keluarga yang tak mampu aku bendung. menitis setitis dua air mata, cepat-cepat disapu lembut.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. bla bla bla. sampai uia pukul 2 pagi. hehehe dah penat nak type. nak kena buat report tapi tak start pun lagi ni.
![]() |
| lepas sampai jom bergambar dulu hehehe |
![]() |
| bakal kaunsleor inshaaAllah :') |
![]() |
| kemain hipster depa ni. mek tu nak join tapi berbaju kurung lah |
![]() |
| semoga kelak kalian keluar dapat menjadi anak yang soleh kepada kedua org tua inshaAllah |
p/s: Ayah ceq rindu. rindu yang amat. ceq ada banyak benda nak cerita. dari hari pertama ceq masuk daftar sendiri ke hari di mana ceq pertama kali join program macam ni. ceq rindu nak ada yang hantar masuk belajar macam dulu. rindu nak dengar nasihat ayah. ayah ummi tak mampu nak hantar sendiri ceq nak pi belajar, mana nak jaga adik adik lagi hm. dulu masa dekat cfs, ayah sanggup ambik cuti nak hantar ceq belajar balik tapi ceq tak pun ponteng kelas nak hantar ayah pergi buat terakhir kali nya. ceq menyesal. ceq selalu salahkan diri sendiri walaupun ceq tau tu dah ketentuan. qada dan qadar. orang kata ceq kuat depa tak tau selemah mana ceq kat dalam diri ni. tak tahulah ayah, dah nak masuk dua tahun pun sejak ayah pergi selamanya tapi kehadiran ayah masih terasa. bila lah kami sekeluarga nak jejak kaki ke tanah suci tempat ayah bersemadi. tak apalah ayah mungkin belum rezeki lagi.











No comments:
Post a Comment