Wednesday, March 26, 2014

Rambang sahaja

Kalau luka kat tangan pun lambat nak sembuh
Inikan pula luka dalam hati *sigh*

Jujur bukan tak pernah cuba nak faham. Tapi hati ini terlalu suka menolak mu tepi.
Awak sedar atau tidak sebenarnya ada orang yang walaupun nampak tak peduli nampak tak kisah tapi sangat dan terlalu sayangkan awak. Dia tak sayang awak dengan kata-kata. Tapi dia tembak dengan Doa. Awak ingat tau! :) Jangan selalu rasa sendiri. Sebab di mana pun ada yang menemani. ;D

Kau sedar atau tidak. Dah berjuta kali kau sakiti aku. Dalam diam dan tawamu. Aku sakit melihat kau ketawa bersama dia. Sungguh sakit yang amat.

Jangan lempar aku senyuman sesinis itu. Nah aku pulangkan. Tak sanggup simpan senyum palsu itu dalam kotak fikiran aku.

Camar turut sama terbang bersama perasaan aku. Oh sayang ke mana kau pergi? Siapa aku pada kau? Siapa sebenarnya aku ini?

Sedar atau tidak masa tak pernah bertahan. Selalu saja berlalu pergi. Dan aku masih disini. Membuang masa yang tersisa. Buat perkara sia-sia.

Aku sembunyi rasa ini. Rasa yang tak lagi kau tahu. Biar aku terus pendam. Aku tak sanggup biar kau tahu. Biar aku seorang Tersiksa. Cukup cuma aku.

Aku teruk. Cuma mendekat bila seorang. Cuma meluahkan bila memerlukan. Tapi meninggalkan bila tiada rasa.

Aku rasa sepi. Rasa kosong. Aku perlu di isikan kembali. Perlu. Bermula dari sekarang. Tak nak lagi bertangguh. Tak nak.

Selalu sangat buat-buat lupa tentang apa yang berlaku. Tentang kita. Tentang dia. Sejujurnya bukan tak nak ingat cuma selalu hadir rasa yang tak sepatutnya.


Harus dari dulu lagi aku pergi. Bawa hati yang terlalu lama dilukai. Cuma aku masih disini sebab masih suka. Terlalu suka yang amat.



p/s : what i wrote i post. :') i wrote based on what i felt :)  

No comments:

Post a Comment