Wednesday, March 26, 2014

M.A.K


Maafkan aku kawan
Sebab tak berniat untuk mendekat
Dan tak sanggup berjauh

Maafkan aku kawan
Sebab kita pernah berkenalan
Dan kini kita dengan haluan yang lain

Maafkan aku kawan
Bila kau sendiri dan tak punya teman bicara
Aku telah pergi dan tak pernah berpaling lagi

Maafkan aku kawan
Andai dalam tempoh kita kenal
Pernah kiranya aku guris hati kecil mu

Maafkan aku kawan
Kerana pernah menghiasi hari mu
Dengan cerita karut ku gelak tawa ku

Maafkan aku kawan
Andai pernah aku buat kau terleka saja
Dengan dunia yang sementara cuma

Maafkan aku kawan
Sekiranya tak hadir disaat kau perlukan aku
 Kerna aku berkira kau sudah ada yang lain. Penganti aku.

Maafkan aku kawan
Andai pernah membuat mata-mata menjadi saksi akrab persahabatan kita
Turut juga membuat mata-mata itu menyaksikan jurang antara kita

Maafkan aku kawan
Bila kau berteman yang lain, acap kali aku dilanda ombak cemburu
Cemburu ku kerna aku sayang. Ingat aku masih sayang.

Maafkan aku kawan
Bila kini kita sudah jarang berbual kata bergurau senda
Bukan apa cuma aku yang terasa ada yang kosong antara kau dan aku. Kita.

Maafkan aku kawan
Andai butir kata aku menusuk hati mu
Khabarkan pada aku agar hati mu masih boleh aku jaga

Maafkan aku kawan
Bila masa aku bersama teman yang lain dan tak sekali memandang mu
Bukan aku tak pandang cuma cukuplah aku lihat dalam hati

Maafkan aku kawan
Andai hingga detik ini tak mampu lupakan kenangan silam kita
Bukan apa  aku kira  memori itu terlalu indah untuk dilupakan. Ya. Memori Indah itu yang selalu Menyakitkan! Awas!

Maafkan aku kawan
Bila aku hanya mampu mendoakan mu dari jauh
Mengirim al-Fatihah buat mu takkala rindu datang bertandang

Maafkan aku kawan
Andai ini cuma ujian dari-Nya buat insan bernama Kau dan Aku
Dan aku tak kuat lalu tewas dengan cubaan ini

Maafkan aku kawan
Andai segera aku temui pengganti kau disisi
Cuma saja walau siapa pun dia. Dia tetap bukan kau.

Maafkan aku kawan
Bila aku mahu khabar kan tentang itu dan ini
Lalu bibir ku terkunci bisu. Dan aku cuma mampu menulis atas kertas biru

Maafkan aku kawan
Kerana tak pernah sekali bibir ku mengucap kata
'Kaulah insan. Sahabat teristimewa. Terindah dalam hidupku'

Maafkan aku kawan
Bila mana perkenalan kita memberi kau tanda tanya
Cuma aku terlalu angkuh mengakui aku menyayangi mu dalam senduku

Maafkan aku kawan
Kerna cuma mampu menulis
Dan kau tak mampu membaca nya.

Maafkan aku kawan
Kerana telah mengalir deras air mata ku
Semata-mata rasa bersalah terhadapmu

Maafkan aku.
Cukuplah kau Tahu.
Aku Menyayangi mu Kerana Allah Taala. Lillahitaala. :')

Salam sayang,

Merpati Putih 

No comments:

Post a Comment