Thursday, January 8, 2015

aku cuma manusia

Dulu kalau di tanya siapa aku suka jawapan nya dia

Dulu kalau di Tanya kenapa suka dia jawapan nya tiada

Dulu kalau di kata buruk tentang dia aku duduk diam cuma

Dulu kalau ada khabar gembira tentang dia aku tersenyum bahagia

Dulu kalau dia menipu sikit aku marah kalah singa betina

Heh itu dulu kau tahulah dulu dulu.

Masa jahil tahap icu dulu

Ya Cuma dulu.

Tapi suatu hari aku sedar

I take the wrong path.
Not with this person.
Not now.

Ya bukan sekarang.

Bukan dia.

Jahatnya aku buat benda tuhan tak suka.

Tuhan haramkan kenapa aku masih buat.

Jahil tahap tak cukup giga dah

Cukup lah dengan dulu

insyaaAllah tuhan panjang kan umur kita

banyak lagi nak kena tempuh.

Kerenah manusia bukan satu dua berjuta juga

Kadang rasa manusia tak faham keadaan kita

Kadang aku lupa aku juga manusia


Bantu aku sekali lagi cukup sekali lagi sahaja buat aku tahu kau masih ada untuk aku. Masih kah punya ruang untuk aku.
 
Kadang aku lupa aku juga manusia. Itulah sering sangat tak puas hati dengan manusia sampai lupa aku juga seperti mereka. Kita Cuma manusia tak lari dari salah.

Baiklah sembunyi terus jangan sampai aku jumpa. Nahas kau andai aku temu. Jangan tayang diri kau depan aku lagi. Buat apa kau suka. Lari.

Masa memang tak boleh beli. Masa musuh abadi selain dari api.

Dulu tak sedar. Hingga buat diri lupa diri. Dulu tak pasti. Sebab itu masih terus menanti. Sekarang dah tahu. Sekarang dah sedar. Sekarang dah pasti. Berdiri terus melangkah. Aku tak pernah sendiri.
 Nyaris aku hanyut terus. Nasib sedar kembali. Lupakan. Lupakan. Lupakan. Dia Cuma dia. Kenapa masih kisah.
 Kinda understand now. 

No comments:

Post a Comment