Sunday, February 7, 2016

dia lagi


kadang aku berperang dengan diri sendiri
menyoal diri tentang keadaan yang sedang aku alami
mencari dimana salah dan silap diri sendiri

aku kah yang kau suka
atau aku jua yang kau cinta
aku pinta mohon bukan sebaliknya

kau ketuk pintu hati aku
menghadirkan diri
dikala ramai teman aku bertepiaran berlari

kau buat aku kembali tersenyum
dengan jenaka bodoh mu

aku terkadang terfikir untuk tidak terus pulih
kerana aku berharap kau akan selalu disisi
bukan nya pergi menyisih diri

buat engkau yang aku suka
buat engkau yang buat aku terleka
buat engkau yang terkadang ada terkadang tiada
ketahuilah semangat ku kembali jua
senyum ku terukir semula

kau nafas luar ku
kau penceria hidup
kau pencuri hati
kau kini pergi menyepi

kau usik hati ini
kemudian kau lari dari aku

kau pergi
tanpa memberitahu sebab terjadi
tanpa mengkhabarkan keadaan diri
kau buat aku serupa patung cendana
teguh menanti walau ribut terpaksa kuharungi

kau hampir bikin aku gila
memikirkan kita yang tak mungkin pernah ada
memikirkan kita yang tidak sempurna

kau yang aku rindu
saban hari juga saban waktu.


No comments:

Post a Comment